PUTRAJAYA, DISEMBER 20: ANJUR…Gerakan Pembela Ummah (Ummah) akan menganjurkan Solidariti Himpunan Suara Ummah “Justice For Adib” di hadapan Masjid Putra, Putrajaya, Jumaat ini.

Menurut Harakahdaily, himpunan tersebut dianjurkan atas perasaan duka terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, dalam rusuhan berdekatan sebuah kuil di Subang Jaya sebelum ini.

“Solidariti UMMAH mengadakan himpunan tersebut berobjektif utama untuk menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorty Punusamy meletakkan jawatan,” laporan itu dipetik.

Ummah sebelum ini menganjurkan himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).-MY WD