BALING, 15 April – Fokus Dalam Membantu Setiap Waktu….. UMNO Baling akan memberi fokus dalam membantu mangsa bencana di sekitar Baling pada tahun ini seperti bantuan mengadakan kenduri, bencana, bersalin, sakit dan kematian.

Anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata,
pemberian bantuan itu bagi membantu meringankan beban penduduk yang
kebanyakannya terdiri daripada penoreh getah dan pekebun luar bandar yang
pendapatan mereka masih kurang stabil.

“Sekiranya ada antara mereka yang ditimpa bencana, saya akan arahkan Biro
Bencana Alam UMNO Bahagian ke tempat kejadian untuk membuat laporan serta akan
segerakan bantuan berupa makanan, pakaian, tilam, tikar dan sebagainya.

“Wang perbelanjaan juga akan didahulukan sementara menunggu bantuan-bantuan
lain tiba,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada
Penoreh dan Pekebun Getah di Kampung Kemangi, Kupang di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 250 orang menerima sumbangan berupa kit
makanan seperti beras, gula, kopi, susu dan sebagainya termasuk wang
perbelanjaan. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY