KUALA LUMPUR, 22 Sept – Sedia Bantu Pelajar……….. Pihak UMNO bersetuju membantu pelajar yang berdepan masalah kewangan di Mesir dengan tumpuan kepada mereka yang cemerlang dan datang daripada keluarga berpendapatan rendah kata Ketua Penerangan UMNO.

Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO sangat prihatin dengan nasib 150 pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, farmasi dan pergigian di lapan universiti di Mesir yang berdepan masalah kewangan di negara itu.

“Keutamaan untuk bantuan ini akan diberikan kepada pelajar yang cemerlang dan datang dari keluarga berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM4,000.

“Kita belum dapat pastikan jumlah pelajar yang akan dibantu berikutan mereka adalah pelajar persendirian dan data mereka tidak ada dalam sistem.

“Sehubungan itu, untuk melaksanakan bantuan ini, Biro Pendidikan UMNO dan Kelab UMNO di negara berkenaan bersetuju membantu mengenal pasti pelajar terbabit,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Annuar berkata, pelajar berkenaan akan diberi pilihan sama ada meneruskan pengajian di Mesir atau pulang ke Malaysia dan menyambung pelajaran dalam negara. – WD MY

LEAVE A REPLY