UMNO BIMBANG PENYUSUTAN NILAI RIZAB ANTARABANGSA

UMNO BIMBANG PENYUSUTAN NILAI RIZAB ANTARABANGSA

318
0

 

KUALA LUMPUR,JUN ,23:PENYUSUTAN…Penyusutan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) daripada USD108.5 bilion (RM434 bilion) pada 31 Mei kepada USD$107.9 bilion (RM428 bilion) seperti laporan bank pusat itu amat menggusarkan UMNO dan rakyat negara ini.

Unit Komunikasi Strategik UMNO berkata, jumlah itu juga jauh lebih rendah ketika rizab negara berjumlah USD$110 bilion (RM440 bilion) pada April 2018 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di mana ketika itu negara masih di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Penarikan balik dana asing di Bursa Malaysia yang berjumlah RM2.48 bilion, kerugian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM6 bilion dalam bentuk pelaburan dan nilai ringgit yang jatuh daripada 3.91 kepada 4.01 bagi dolar Amerika, juga bukan sesuatu yang kebetulan.

“Ini bukannya salah BN dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Ketika semua pelan pembangunan dan penarikan minat pelabur asing memuncak di zamannya, Pakatan Harapan cuba memusnahkannya,” katanya dalam kenyataan, semalam.-MY WD