SANDAKAN, FEB 16 -MEMBELA…..Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Musa Aman berkata UMNO berada di landasan yang betul dalam membela rakyat dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Mengulas lanjut berkenaan kenyataan itu, Ketua Menteri Sabah itu berkata pemimpin UMNO di peringkat negeri dan pusat  sentiasa menyedari keperluan rakyat dan berusaha untuk memenuhi keperluan itu.

“Kita sentiasa turun padang untuk mendengar dan mendalami masalah serta keperluan rakyat.

“Banyak pembangunan dilaksanakan kerajaan untuk rakyat namun kita menyedari masih banyak lagi diperlukan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat dan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi Tinosa di sini hari ini.

Beliau turut berkata melalui pemerintahan yang diterajui oleh BN  dan kerajaan yang ditunjangi UMNO menunjukkan sejarah dan rekod yang baik berdasarkan pembangunan negara dan juga dalam membela rakyat.
Sesuai dengan #DahulukanRakyat beliau berkata kerajaan BN sentiasa memberi komitmen apabila memberikan janji kepada rakyatbukan seperti janji kosong yang sering ditabur oleh pembangkang.

“Janji kita tepati kerana rakyat akan tanya apa guna berjanji kalau tidak ditepati..Janji dikota dan ditepati,” katanya.

Lebih menyedihkan lagi,menurutnya parti pembangkang khususnya Parti Warisan di negeri ini kini masuk ke kampung memberikan janji yang tidak mampu mereka tunaikan dan memfitnah pemimpin kerajaan untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.

Dengan janji kosong dan fitnah yang sering dilemparkan oleh pihak pembangkang, Musa yakin rakyat negeri ini bijak untuk menyokong dan menilai parti mana yang ada rekod baik membela dan memperjuangkan mereka iaitu BN yang menerajui kerajaan dengan pencapaian baik. – MY WD