KUALA LUMPUR, 30 Sept – Majlis Penghargaan…… Umno hari ini mengadakan majlis penghargaan Wira dan wirawati Olimpik dan Paralimpik Rio 2016.

Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pencapaian yang telah dilakukan oleh atlet negara amat membanggakan.

“Saya tahu yang respon baik berkenaan sukan kerna bila saya tweet saya dapat respond yang baik, kata Najib dalam ucapan di sini hari ini.

Hanya tujuh daripada 12 pemenang pingat Olimpik dan Paralimpik hadir iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly, Siti Noor Radiah Ismail, Datuk Lee Chong Wei, Pandalela Rinong Pang dan Azizulhasni Awang.

Perdana Menteri, dalam ucapannya, mahu rakyat menjadikan kejayaan atlet Olimpik dan Paralimpik sebagai rangsangan dan inspirasi untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

Beliau mahu rakyat terus memberikan penghargaan kepada atlet yang mengharumkan nama negara kerana mereka menunjukkan pencapaian luar biasa.

“Kedua, saya mahu kejayaan mereka menjadi iktibar, rangsangan dan inspirasi kepada kita bukan saja sebagai ahli sukan, sebaliknya nilai yang ditonjolkan dan pengorbanan serta dedikasi mereka.

“Ketiga, saya mahu kejayaan mereka dijadikan batu loncatan kerana sukan berjaya menaikkan semangat dan sentimen positif rakyat,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan atlet itu adalah bukti kejayaan dasar yang dipelopori UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“UMNO terpanggil meraikan dan menghargai atlet kerana sebagai parti politik UMNO adalah teras dan tulang belakang mendokong dan mempelopori dasar kerajaan.

“Satu cabang penting adalah pembangunan sosial iaitu sukan dalam konteks kejayaan kita membangunkan sebuah negara yang aman, sejahtera dan semakin makmur,” katanya.

Bagi pemenang pingat membawa RM 30 Ribu, bagi pingat perak pula sebanyak RM 20 Ribu dan RM 10 Ribu kepada pingat gangsa.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsuddin. – WD MY

LEAVE A REPLY