JOHOR BAHARU, 4 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai
kira-kira 1,000 anggota UMNO Johor pada majlis berbuka puasa di Saujana.

Najib yang juga Presiden UMNO, dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah
Mansor tiba untuk majlis itu di kediaman rasmi Menteri Besar Johor Datuk Seri
Mohamed Khaled Nordin pada kira-kira 7.04 malam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri dan Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Terdahulu pada sebelah petang, anggota 26 Bahagian UMNO Johor mengadakan
Tadarus dan Khatam Al-Quran yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan UMNO Johor.
-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY