KUALA LUMPUR, 16 Okt – BUKTI….. PARTI UMNO akan kemukakan bukti berhubung wang rampasan sebanyak RM116.7 juta oleh polis di mahkamah kelak, kata Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, UMNO kini melalui proses perundangan berhubung wang tuntutan tersebut.

“Kita hormati apa yang dikatakan polis dan kita kemukakan tindakan perundangan untuk dapat wang yang dirampas.

“Kita ikut perundangan dan seterusnya kita bawa ke mahkamah,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan polis dan kerajaan memfailkan permohonan membatalkan saman oleh UMNO.

UMNO menuntut wang yang dirampas daripada bekas presiden mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak, dipulangkan.

Antara dokumen yang diminta ialah salinan laporan polis yang menjadi asas sitaan wang itu, salinan senarai wang yang disita, salinan gambar wang yang disita dan rajah kasar penemuan wang yang disita. – WD MY