JENTERA PRK DUN RANTAU DILANCAR BAGI HADAPI KEMUNGKINAN PILIHANRAYA

JENTERA PRK DUN RANTAU DILANCAR BAGI HADAPI KEMUNGKINAN PILIHANRAYA

83
0

REMBAU, NOVEMBER 7: PRK… UMNOsemalam melancarkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sebagai persediaan sekiranya PRK itu diadakan.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera tersebut ditubuhkan bagi melancarkan gerak kerja parti di peringkat akar umbi sekiranya mahkamah memutuskan untuk mengadakan PRK DUN berkenaan.

“Meskipun setakat ini mahkamah belum ada keputusan terhadap petisyen pilihan raya DUN Rantau, kita bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

“Lagipun rata-rata yang hadir pada semalam adalah akar umbi parti dari Rembau, jadi pelancaran jentera itu amat sesuai dilakukan hari ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Bersama Presiden UMNO di Rantau, dekat sini hari ini..-MY WD