MEI 12:UMNO….Saya bersetuju dengan pendapat ahli dan rakyat bahawa UMNO memerlukan kepimpinan baru dan ianya harus dilakukan dengan tertib supaya parti boleh dikembalikan dengan maruah dan prinsip yang dijunjung.

Kepada ahli UMNO yang dicintai, jangan bertindak dengan emosi. Kita lakukan ini demi masa hadapan dan kesatuan kita. Perkara ini telah pun saya sampaikan kepada setiap pucuk pimpinan termasuk sayap-sayap di dalam parti.

Saya menyeru dan merayu kepada semua pihak untuk bersabar dan memberikan ruang supaya perkara ini dapat mengizinkan kita melaksanakannya dengan segera. Percayalah, saya akan lakukan yang terbaik demi parti dan negara yang tercinta. Semoga Allah SWT memelihara UMNO.

Hishammuddin Tun Hussein
12 Mei 2018