UMNO PERLU LAKAR HALUAN BAHARU

UMNO PERLU LAKAR HALUAN BAHARU

292
0

KUALA LUMPUR, SEPTEMBER 29: LAKAR… UMNO tidak boleh berpura-pura lagi terhadap kejatuhan parti sebaliknya perlu melakukan perubahan drastik demi melakar haluan baharu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pucuk pimpinan perlu berterus-terang terhadap punca sebenarnya yang menyebabkan UMNO ditolak oleh rakyat.

“Kita harus bertitik tolak dari situlah untuk kita melakar haluan dan gerak kerja selepas ini, jadi kita tidak boleh berpura-pura terhadap apa juga isu yang melanda parti.

“Soal moral compass yang disebutkan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan adalah isyarat bahawa UMNO perlu melakukan perubahan dalaman yang lebih drastik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan ketiga-tiga sayap parti sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018.-MY WD