KOTA KINABALU, 26 Mac – UMNO Sabah sebulat suara menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk terus memimpin negara dan parti selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Pada masa sama UMNO Sabah juga sebulat suara menolak sekeras kerasnya deklarasi Mahathir Kit Siang yang jelas bertentangan dengan amalan demokrasi.

UMNO Sabah juga menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap dalang deklarasi Mahathir Kit Siang yang mengancam sistem demokrasi berparlimen dan boleh membawa implikasi negatif ke atas kestabilan politik dan ketenteraman awam.

UMNO Sabah juga mengusulkan kepada Majlis Tertinggi UMNO agar bersidang segera bagi membincangkan tindakan tegas yang perlu diambil ke atas pemimpin dan ahli parti yang terlibat dalam deklarasi Mahathir Kit Siang.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman selepas mesyuarat badan itu petang tadi. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY