KUALA LUMPUR, DISEMBER 13:  TERKUBUR… UMNOSabah tidak akan terkubur biarpun hampir kesemua kepimpinan negeri bertindak keluar parti semalam.

Ketua UMNO Bahagian Sepangar, Datuk Yakub Khan berkata, tindakan itu sedikitpun tidak menjejaskan kedudukan UMNO, sebaliknya akan membuka peluang kepada pemimpin muda untuk menerajui parti.

“Pemimpin akan datang dan pergi, ini menjadi lumrah mana-mana pertubuhan termasuk parti politik.

“Biarpun hampir semua kepimpinan UMNO Bahagian di negeri ini bertindak keluar daripada UMNO, saya percaya UMNO tidak akan terkubur malah, akan menjadi lebih kuat menerusi kepimpinan muka baru terdiri daripada golongan muda yang tidak mendapat peluang sebelum ini,” katanya semalam.

Beliau diminta mengulas berhubung pengumuman bekas Pegerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor bersama barisan kepimpinan lain bertindak keluar UMNO hari ini.

Secara keseluruhannya, yang meninggalkan UMNO Sabah terdiri daripada enam Ahli Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), dua senator dan 21 Ketua UMNO Bahagian negeri.-MY WD