PUTRAJAYA, 15 Okt – Selesai Buat Bantahan……. Pihak UMNO telah selesai mengemukakan bantahan berhubung kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya tempoh bantahan yang berakhir semalam selesai dilakukan melalui pihak UMNO Negeri dan bantahan 100 pengundi berdaftar dalam setiap satu kawasan
tertentu.

“Bantahan boleh dibuat melalui tiga cara iaitu melalui negeri, pihak
berkuasa tempatan dan juga 100 pengundi di sesuatu kawasan maka UMNO telah menyuarakan bantahan tersebut melalui saluran undang-undang yang disediakan,” katanya kepada media selepas merasmikan program Putrajaya Community Ride hari ini.

PTJ03_151016_KAYUHAN

“Semua UMNO Negeri telah mengemukakan bantahan manakala di negeri yang
diperintah pembangkang seperti Selangor, kita mengumpulkan bantahan melalui 100
pengundi berdaftar di sesuatu kawasan,” katanya.

SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 Sept. – WD MY