KUALA LUMPUR, 20 Nov – Keseriusan……..Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (KPAU) merupakan cerminan keseriusan dan keprihatinan UMNO dalam mencari penyelesaian kepada masalah rakyat, kata penaung program itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata dalam konvensyen itu,
pelbagai pihak termasuk ahli akademik, badan bukan kerajaan dan pelajar
universiti diundang untuk memberi pendapat masing-masing, sebelum ia dijadikan
resolusi dan dibentang pada Perhimpunan Agung UMNO nanti.
“Ini menunjukkan bahawa UMNO kita terbuka dan budaya ilmu sesuatu yang kita
mahu suburkan secara serius, bukan hanya slogan untuk sedapkan telinga.
“Inilah yang membezakan kita dengan yang di luar sana, yang di tengah-tengah
jalan. Konsistensi yang ada pada kita inilah yang menunjukkan bahawa tidak ada
wadah lain, tetapi UMNO lah yang akan membela Melayu dulu, kini dan selamanya,”
katanya ketika berucap pada majlis penutupan KPAU di sini, hari ini.
Konvensyen sehari yang mempunyai empat sesi perbincangan itu dihadiri
kira-kira 1,000 orang dan ditutup Naib Presiden UMNO yang menjalankan
tugas-tugas Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga
Timbalan Perdana Menteri.
Hishammuddin turut mencadangkan supaya konvensyen kali kedua diadakan
itu dijadikan program tetap setiap tahun berikutan sambutan, sokongan
dan pandangan peserta yang jauh lebih baik pada kali ini.
Beliau turut menggesa anggota UMNO yang hadir supaya menunjukkan kesepakatan
kerana perhimpunan agung kali ini berkemungkinan yang terakhir sebelum Pilihan
Raya Umum ke-14 diadakan.
“Sekurang-kurangnya kita dah bersiap sedia untuk pastikan kemenangan
calon-calon kita,” katanya. – WD MY