KUALA LUMPUR, 26 Jun – Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari berkata Majlis Tertinggi bersetuju
menangguhkan selama 18 bulan pemilihan dalam parti demi memantapkan gerak kerja parti dan Umno.

?Pemilihan UMNO yang dijadual pada tahun
depan akan ditangguhkan selama 18 bulan bagi memberi keutamaan terhadap khidmat
parti kepada rakyat serta usaha memperkukuhkan parti itu.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengambil ketetapan itu mengikut Fasal 10.16 perlembagaan parti yang memberi hak
kepada MT untuk menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan.

“Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan
yang sepatutnya diadakan.

“Majlis Tertinggi berpendapat bahawa amat penting kita mementingkan
kepentingan rakyat, mesti utamakan khidmat kita kepada rakyat, memberi tumpuan
kepada segala keperluan rakyat sama ada di peringkat dasar mahupun akar umbi,”
katanya.

Perdana Menteri berkata penangguhan itu juga bagi memberi tumpuan kepada
pengukuhan parti dan kerja-kerja yang sepatutnya supaya UMNO dan parti komponen
Barisan Nasional (BN) lebih mantap dalam menghadapi pilihan raya umum akan
datang.

Najib berkata ia bukan satu keputusan yang luar biasa kerana pernah
dilakukan ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah
Ahmad Badawi berasaskan rasional yang sama.

“Ini bukan bererti bahawa UMNO bukan merupakan parti yang demokratik,
menafikan semangat demokrasi dan keterbukaan tetapi bila sampai pada masanya
kita akan mengamalkan ruang untuk melakukan pemilihan,” katanya.

Katanya MT turut membuat keputusan supaya kaedah pemilihan dilihat secara
mendalam dengan mendapatkan pandangan semua pihak bagi mendapatkan kaedah lebih
sesuai.

Ada pendapat-pendapat yang kita terima, kelemahan-kelemahan yang berlaku
pada pemilihan yang lalu tapi kita masih tetap dengan prinsip demokrasi dalam
parti,” katanya.

Najib turut meminta anggota UMNO menjalankan kerja-kerja di peringkat akar
umbi berdasarkan petunjuk prestasi utama yang telah ditetapkan parti.
-Sharini Abdulah, Faizal Dato Badarudin (WD MY)?
?

LEAVE A REPLY