KUALA TERENGGANU, 17 Mac – Hentikan…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seluruh ahli UMNO menghentikan budaya politik sate.

Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah sangat penting untuk mewujudkan kombinasi dan kesepaduan antara pemimpin dan ahli peringkat akar umbi, bagi memastikan kelangsungan serta kekuatan UMNO.

“Apabila ada tukang kipas dan tukang bakar, jadilah politik sate.

“Saya tidak mahu di Terengganu khususnya ada politik sate. Cukuplah.

“Yang harus ada adalah kombinasi yang baik iaitu yang di bawah sokong yang di atas dan yang di atas ambil peduli yang di bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan Peringkat Terengganu yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Stadium Negeri di sini, hari ini. – WD MY