KUALA LUMPUR, 13 Jan – Tangguh…….. Semua penajaan dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) ditangguhkan sebarang bentuk penajaan bagi tahun ini.

Arahan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata hanya tajaan berkaitan pendidikan dibenarkan, manakala sebarang penajaan lain perlu diteliti terlebih dahulu.

“Saya akan dapatkan laporan lebih terperinci dari UniKL dan Mara. Seperti saya kata saya tak dimaklumkan mengenai perkara ini.

“Apa-apapun saya akan dapatkan laporan. Cuma untuk sementara waktu ini, sebarang penajaan mesti tunggu dulu. Biar saya tengok,” katanya kepada media di sini hari ini.

Sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa berkata Mara tidak pernah menaja TRW, selain tiada bayaran dikenakan untuk logo ‘Mara 50th’ yang dipamerkan pada bahagian lengan jersi pasukan itu musim lalu.

Terdahulu, Ismail Sabri menyerahkan surat tawaran tingkatan satu untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara kepada Aliyah Maisara Md Akir yang juga anak pasangan suami isteri yang cacat penglihatan, di Projek Perumahan Rakyat Jelatek, di sini. – WD MY