DHAKA, 22 APRIL – TUBUH….Bangladesh mengarahkan kira-kira 27,000 sekolah menubuhkan jawatankuasa menghalang keganasan seksual, kata pegawai hari ini, selepas seorang remaja yang menuduh pengetuanya melakukan serangan seksual ke atasnya, dibakar sehingga mati.

Pembunuhan Nusrat Jahan Rafi, 19, mencetuskan kemarahan di seluruh negara dengan 165 juta penduduk itu dan menjadikan tindakan polis dalam kes itu dalam perhatian.

Penunjuk perasaan di Dhaka mengadakan demonstrasi hari ke-11 berturut-turut hari ini, menuntut ‘hukuman contoh’ bagi pembunuh gadis itu.

Polis berkata, mangsa diminta ke bumbung sekolahnya di Feni, di selatan Dhaka, dan penyerang mengarah beliau menarik balik aduan polis terhadap pengetua.

Apabila Rafi enggan berbuat demikian, beliau disimbah dengan minyak tanah dan dibakar.

Rafi meninggal dunia pada 10 April lalu selepas 80 peratus tubuhnya terbakar.

Sekurang-kurangnya 20, termasuk pengetua berkenaan, ditahan. – WD MY