MOSCOW, 24 Dis – MENANG…. Pihak Parti pemerintah Russia, United Russia, mahukan “kemenangan mutlak” untuk Presiden Vladimir Putin dalam pilihan raya presiden pada Mac 2018, kata pemimpin parti berkenaan dan juga Perdana Menteri, Dmitry Medvedev, hari ini.

Medvedev memberitahu perhimpunan tahunan United Russia bahawa parti itu akan memberikan “semua sokongan yang ada” kepada Putin pada masa ini dan masa depan.

Putin dijangka menang pada pilihan raya itu dan menjadi presiden untuk penggal keempat. – WD MY