WASHINGTON, 29 Jun – Kutuk Serangan………..Amerika Syarikat mengutuk serangan bom dan tembakan di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul yang mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang dan mengikrarkan sokongan kepada Turki.

“Lapangan Terbang Ataturk, seperti juga Lapangan Terbang Brussels yang diserang awal tahun ini, adalah simbol kepada hubungan antarabangsa dan jalinan itu mengikat kita bersama,” kata jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest.

“Sokongan kami kekal utuh untuk Turki, sekutu NATO dan rakan kongsi bersama semua rakan di seluruh dunia ketika kita terus menghadapi ancaman keganasan,” katanya. – WD MY

LEAVE A REPLY