YEMEN, 23 Jun – Terangi….. Sebanyak Lima masjid di wilayah Taiz, Yemen kini disinari cahaya lampu, sekali gus menghidupkan suasana Ramadan ketika solat tarawih berjemaah pada waktu malam.

Presiden Malaysian Relief Agency (MRA), Dr Mohd Daud Sulaiman, berkata masjid berkenaan iaitu Masjid Al Khair, Al Mishrah yang memuatkan 33 keluarga; Masjid Al Hogor (125 keluarga); Masjid Qasa (45 keluarga); Masjid An Nur, Al Arif (80 keluarga) dan Masjid Sinwan (120 keluarga) sudah dilengkapkan dengan panel tenaga suria.

“MRA juga sedang merancang untuk membina unit tenaga suria berkuasa tinggi yang mampu digunakan untuk menggerakkan pam air telaga tiub.

“Ia bertujuan untuk memberi bekalan air minuman, sanitasi dan pengairan kebun dan tanaman di Yemen,” katanya. – WD MY