KUALA LUMPUR, 27 Jan – Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dikemukakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pengumuman dibuat Yang Di-pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas pengundian menyaksikan 127 Ahli Parlimen bersetuju dan 84 Ahli Parlimen tidak bersetuju.

26 pindaaan dijangka dilakukan ke atas 17 undang-undang dan peraturan berkaitan TPPA yang membabitkanĀ  negeri dan Persekutuan, perlu dipinda dalam tempoh dua tahun.

Selain Malaysia, 11 lagi negara yang terbabit dengan TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam yang memuktamadkan rundingan pada 5 Oktober 2015. – Suraya Ahmad / Sharini Abdulah (WD MY)

Berita Selanjutnya Menyusul

LEAVE A REPLY