KUALA LUMPUR, JUN 26:BAHASA..Tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mempertahankan penggunaan bahasa Mandarin untuk kenyataan rasmi kerajaan disifatkan sebagai tidak boleh diterima sama sekali.

Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang berpandangan, tindakan berkenaan merosakkan usaha menyatupadukan negara dengan satu bahasa bersama.

Beliau juga berkata, tindakan berkenaan seolah-olah mencabar pihak yang mendukung bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan.

“Walaupun kita hidup dalam era globalisasi, bahasa Malaysia telah ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan antaranya untuk menyemai perpaduan negara melalui bahasa.

“Bukan niat saya untuk menghalang penggunaan mana-mana bahasa lain di Malaysia keranq itu adalah hak peribadi. Namun, Kerajaan Persekutuan perlu menjadi contoh dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan negara”,katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau semalam.-MY WD