JERANTUT, 7 Jan — Jawatankuasa Fatwa Pahang membuat ketetapan
bahawa penggunaan rokok elektrik ataupun vape dalam kalangan umat Islam di
negeri ini adalah haram, berikutan sifatnya yang memudaratkan kesihatan.

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah perkara itu diputuskan pada
mesyuarat jawatankuasa berkenaan pada Isnin lepas.

“Jawatankuasa putuskan haram untuk umat Islam di negeri ini menghisap vape,”
titah baginda selepas mempengerusikan mesyuarat MUIP di sini, hari ini.

Keputusan mengharamkan vape di Pahang dibuat selaras dengan keputusan Majlis
Fatwa Kebangsaan bulan lepas, yang memutuskan penggunaan vape bagi umat Islam
adalah haram.

Mengulas lanjut perkara itu, Wan Abdul Wahid berkata keputusan
mengharapkan penggunaan vape adalah berikutan sifatnya yang hampir menyamai
rokok yang boleh memudaratkan kesihatan.

“Berikutan ketetapan itu juga, MUIP telah melarang penggunaanya di semua
masjid dan premis di bawah jabatan itu di seluruh negeri ini,” katanya.

Beliau berkata mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan oleh penguatkuasa
agama negeri serta pegawai Jabatan Kesihatan negeri. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY