ALOR SETAR, 8 Nov – Kedah menjadi hos bagi Mesyuarat Peringkat
Menteri Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke-21 Jumaat
ini (13 Nov) di TH Hotel di sini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir
hari ini.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Dijadual menyertai mesyuarat ialah Menteri Pengangkutan Thai Arkhom
Termpittayapaisith, dan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Darmin
Nasution, kata beliau.

Tujuan mesyuarat itu adalah untuk meninjau kemajuan dan pencapaian dalam
enam bidang kerjasama, termasuk perdagangan dan pelaburan, infrastruktur dan
pengangkutan, pelancongan, dan produk halal.

Bersempena mesyuarat itu, Pesta Makanan IMT-GT akan diadakan mulai 12 hingga
15 Nov di sini, kata Menteri Besar.

IMT-GT ditubuhkan pada 1933 dengan tujuan memesatkan pertumbuhan dan
transformasi ekonomi wilayah kecil IMT-GT berkenaan. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY