KUALA LUMPUR, NOVEMBER 16::ICERD…. Bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan adalah sesuatu yang wajar bagi kerajaan menangguhkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurut Anwar, walaupun secara asasnya Malaysia mendokong prinsip menegakkan keadilan dan menolak diskriminasi namun ia menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.

“Tujuannya baik tetapi pelaksanaannya menimbulkan kegelisahan”

“ICERD itu tidak ada cacatnya kerana ia dokumen yang mendokong keadilan dan menolak diskriminasi tetapi untuk kita meterai pelaksanaannya harus kita ambil kira kebimbangan, keresahan, kemungkinan mencetuskan ketegangan kaum.

“Tujuannya baik tetapi pelaksanaannya menimbulkan kegelisahan,” kata Anwar.-MY WD