KUALA LUMPUR, DISEMBER 7: PTPTN…. Hampir 1.4 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini tidak boleh lagi ‘lari’ daripada membuat bayaran balik pinjaman itu setelah PTPTN berhubung dengan majikan untuk membuat potongan gaji peminjam.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata bayaran melalui Potongan Gaji Berjadual (PGB) itu akan dikenakan serendah RM40 sebulan dengan gaji minima RM2,000 sebulan

“Mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 belum perlu membayar.

“Kira-kira 225,000 peminjam yang dikenalpasti berpendapatan kurang daripada RM2,000 akan menikmati pelepasan ini,” katanya pada sidang media di Menara PTPTN, di sini, SEMALAM.