KUALA LUMPUR, 26 Nov – Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik)
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Datuk Wan Ahmad Najmuddin
Mohd dilantik sebagai Ketua Polis Johor berkuat kuasa 23 Dis ini.

Jawatan tersebut dipangku Ketua Cawangan Khas Johor Datuk Ramli Hassan sejak
3 Nov lepas, selepas mengambil alih tugas daripada Datuk Rusli Ahmad yang kini
dilantik sebagai Ketua Urus Setia (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

Wan Ahmad Najmuddin yang dilantik memangku pangkat Pesuruhjaya Polis
(CP)merupakan antara 12 individu yang terlibat dalam pertukaran pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia berkuat kuasa 23 Dis, menurut kenyataan Bukit Aman, di
sini, hari ini.

Selain beliau, Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Datuk Abd Aziz Yusof
dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak dengan memangku pangkat
Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP).

Menggantikan Abd Aziz ialah Timbalan Komander (Operasi/Risikan) PPM ACP
Abdul Rahim Abdullah yang dilantik memangku pangkat SAC.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor, ACP Khairuldin Saad
dan Pasir Mas, Kelantan ACP Haliludin Rahim masing-masing dilantik sebagai Ketua
Penolong Pengarah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ketua Urusetia
Ketua Polis Negara (Pentadbiran) Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Turut terlibat, Ketua Penolong Pengarah Pasukan Gerakan Am (PGA), Bukit Aman
ACP Zulkiffli Salleh yang dilantik sebagai Ketua Staf Briged PGA, Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan memangku pangkat SAC.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY