KUALA LUMPUR, SEPTEMBER 15: LETAK JAWATAN….Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan meletak jawatan apabila beliau menjadi Perdana Menteri.

Katanya, sekarang bukan masa yang sesuai bagi Dr Wan Azizah melepaskan jawatannya dalam Kabinet.

“Kenapa perlu letak jawatan sekarang? Kalau beliau letak jawatan sekarang, PKR akan kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Tambah Anwar, beliau tidak akan terus menyertai kerajaan sekiranya menang pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang akan datang.

Tambah Anwar, beliau tidak akan terus menyertai kerajaan sekiranya menang pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang akan datang.

“Jadi, bersabarlah, bila saya jadi Perdana Menteri, Dr Wan Azizah akan letak jawatan. Bila? Apabila sampai giliran saya menjadi PM. Orang ramai membangkitkan isu ini jadi saya kena jelaskan,” katanya.-MY WD