AYER KEROH, 20 Sept – Mengaku Salah….. Seorang warga Indonesia didenda RM30,000 dan sebulan penjara selepas mengaku salah menjalankan perkhidmatan pendakap gigi tanpa lesen di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Susilawati, 38, juga boleh dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Susilawati melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 21 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan 1998. – WD MY

LEAVE A REPLY