KUALA LUMPUR, 9 April – Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil hari ini bersama semua ketua-ketua Wanita Umno berdiri teguh bersama dan menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno.

Menurut Sharizat, ” Sokongan datang dari semua wanita-wanita Umno dan menyokong presiden Parti..Beri peluang kepada Datuk Seri Najib tahun ke enam memimpin negara dan parti.”

Turut hadir, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Azizah Dun; Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar dan Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari.

Tambah Sharizat, menerusi keputusan mesyuarat kami, Wanita UMNO sebulat suara membuat keputusan untuk bersama Najib, selain akan memberi sokongan penuh kepada beliau,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Kepemimpinan Wanita UMNO Bersama Perdana Menteri, di sini hari ini. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY