LANGKAWI, 4 Okt – Mati Dilanggar…… Seorang warga Australia maut dilanggar kereta di Kuah di sini lewat malam tadi.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Langkawi, ASP Mahadhir Mohd Salleh mengesahkan hari ini Ian Douglas Hamsworth, 69, meninggal dunia kira-kira pukul 11.20 malam.

“Dia mengalami kecederaan parah di kepala selepas dilanggar sebuah kereta kira-kira pukul 11.00 malam, sebelum dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal 20 minit kemudian,” katanya.

Pemandu kereta itu seorang lelaki berumur 44 tahun yang bekerja sebagai pembantu pasar raya mendakwa dia tidak dapat mengelak Hamsworth yang tiba-tiba menyeberang jalan.

Kes sedang disiasat kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan berbahaya. – WD MY

LEAVE A REPLY