LONDON, 22 APRIL – TERBUNUH…… Rakyat Britain antara yang dilaporkan maut dalam letupan semasa sambutan perayaan Easter di Sri Lanka, kata Pejabat Luar di London.

“Kami boleh mengesahkan bahawa rakyat Britain antara yang maut dalam serangan dahsyat di Sri Lanka.

“Kakitangan kami sedang membantu saudara mara mangsa selain terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Kami memanjatkan ucapan takziah kepada mereka yang kehilangan insan tersayang dan kepada semua yang terjejas akibat tragedi dahsyat itu ,”kata jurucakap Pejabat Luar dan Komanwel.

Bagaimanapun, jurucakap terbabit tidak memberikan butiran lanjut mengenai jumlah rakyat Britain yang maut itu, namun sumber di kementerian berkata London sudah mengetahui bahawa lima rakyatnya maut dalam insiden itu. – WD MY