BACHOK, 18 Jun – MAUT…… Dua warga Myanmar termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun maut apabila dihempap pokok rhu dalam kejadian di Pantai Irama petang semalam.

Dalam kejadian jam 7.23 petang Norjim Nurul Amin, 24, dan Ibrahim Budi Alam, 3, di Kampung Babong,Kedai Lalat maut akibat parah di kepala.

Norjim maut di tempat kejadian manakala Ibrahim disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bachok.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II) di sini untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Azmi Mokhtar, berkata sebelum kejadian mangsa yang bekerja sebagai pengutip besi buruk sedang bersantai bersama beberapa ahli keluarganya yang lain sempena cuti Aidilfitri.

“Ketika kejadian kawasan itu dilanda angin kencang.

“Pokok rhu yang berada berhampiran secara tiba-tiba tumbang dan menghempap kedua-dua mangsa,” katanya ketika dihubungi.

“Mayat mangsa dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – WD MY