KUALA LUMPUR, 4 Mac – Waris kepada 12 penumpang pesawat MH370 mengemukakan saman kecuaian terhadap Malaysia Airlines Berhad (MAB) kerana menyebabkan kehilangan anggota keluarga mereka dalam insiden dua tahun lalu.

Mereka adalah keluarga kepada lapan penumpang warga Malaysia, seorang warga Russia, seorang warga China dan dua warga Ukraine.

Penumpang terbabit adalah Tan Teik Hin, Guan Hua Jin, Anne Catherine Daisy, Wen Hock Khoon, Yap Chee Meng, Muzi Yusof, Suhaili Mustafa dan Sim Keng Wei yang semuanya warga Malaysia, Jun Kun (China), Nikolai Broskii (Russia) dan Tatiana Yevhenivna Chustrak serta Sergii Grygorovych Deineka (Ukraine).

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dan Karpal Singh & Co.

Saman difailkan adalah berhubung kecuaian, pelanggaran kontrak penerbangan dan pelanggaran tanggungjawab statutori.

Waris penumpang mempunyai masa empat hari lagi untuk mengemukakan tindakan undang-undang berhubung insiden itu berdasarkan Konvensyen Montreal yang menetapkan tempoh dua tahun untuk berbuat demikian.

Saman terbaru ini menjadikan 16 tuntutan saman sudah difailkan waris keluarga mangsa setakat ini.- Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY