PUTRAJAYA, 25 Jun – Meninggal Dunia……. Seorang Wartawan BH, Mohd Hamizar Abd Hamid, 43, meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas terbabit kemalangan di Persiaran Barat, malam tadi

Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, Mohd Hamizar yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC itu terbabit kemalangan kira-kira jam 7 malam.

Katanya, mangsa ketika ditemui masih dalam keadaan sedar dan mengadu sakit di bahagian rusuk.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam tadi,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis masih menyiasat punca kejadian dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu isteri mangsa, Nursuriaty Awang Hassim, memuat naik status di Facebook memaklumkan kemalangan yang menimpa suaminya. – WD MY

LEAVE A REPLY