SAN FRANCISCO, 27 Okt – Western Union Company (NYSE: WU), sebuah
pemimpin di dalam penyelesaian pembayaran global, hari ini melancarkan WU®
ConnectSM, sebuah platform teknologi berinovatif yang menggabungkan platform
pesanan pengguna dan media sosial yang terkemuka untuk memberikan kepada
pengguna dengan satu cara yang unik untuk dengan cepat dan mudah memindahkan
wang ke seluruh dunia.

Platform WU Connect membenamkan keupayaan pemindahan wang Western Union yang
teguh ke seluruh dunia ke dalam platform digital pihak ketiga bagi menyediakan
pengguna dengan cara-cara baharu untuk cepat dan mudah menghantar wang kepada
rakan dan keluarga. Pengguna akan dapat membiayai pemindahan wang dengan
menggunakan akaun kad debit, kad kredit atau akaun bank dan dengan mudah
mengarahkan dana ke lokasi ejen runcit Western Union di seluruh dunia, dan ke
dompet mudah alih atau akaun bank jika ada.

Dalam banyak cara, platform WU Connect melambangkan satu evolusi semula jadi
dalam strategi Western Union untuk mencapai digital celik dan mudah alih secara
individu. Platform rentas sempadan Western Union membolehkan keupayaan gaji
masuk, gaji keluar bagi industri terkemuka yang memanfaatkan teknologi, tukaran
matawang asing, pengurusan data, serta peraturan, pematuhan dan infrastruktur
anti pengubahan wang haram (AML), untuk mempercepatkan kecekapan dan pergerakan
wang yang tepat pada masanya hampir di mana sahaja di seluruh dunia.

“Di Western Union, kami sedang giat mendengar suara-suara pengguna dan
menggunakan maklumat balas sebagai asas untuk inovasi dalam semua pemindahan
wang dan keupayaan pembayaran merentas sempadan,” kata Presiden dan Ketua
Pegawai Eksekutif Western Union Hikmet Ersek. “Kami terus membina kekuatan teras
kami, mengembangkan perniagaan digital kami, melabur dalam teknologi dan
pematuhan keupayaan untuk menyambungkan dunia digital dan fizikal.”

David Thompson, Naib Presiden Eksekutif, Operasi Global dan Teknologi dan Ketua
Pegawai Teknikal, Western Union, melahirkan rasa teruja mengenai kesan potensi
bagi penawaran baharu ini, dengan berkata, “Ini meletakkan Western Union dalam
satu kedudukan yang dapat melanjutkan platform digital kepada rangkaian di mana
pengguna mencari cara-cara yang lebih mudah untuk menghantar dan menerima wang
di seluruh dunia dengan menggunakan platform pilihan mereka.”

Platform WU Connect akan disediakan untuk mesej strategik global, sosial, dan
rangkaian digital yang lain. Western Union berharap untuk menjalin kerjasama
dengan syarikat-syarikat dalam ruang lingkup ini.

WU Connect membolehkan pergerakan wang yang cekap dan tepat pada masanya bagi
kes-kes pelbagai penggunaan. Platform WU Connect menawarkan satu suite aplikasi
pengaturcaraan antara muka (API) yang dibina di atas infrastruktur yang berskala
besar, sekali gus membolehkan pergerakan pantas bagi keupayaan penghantaran wang
dalam negeri dan merentas sempadan. Ia mengintegrasikan dengan lancar ke dalam
antara muka pengguna atau platform pihak ketiga. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY