White House Pertahan Tindakan Larangan Perjalanan

0
68

WASHINGTON, 30 Jan – Arahan….. Pentadbiran Trump tidak akan berganjak daripada menguatkuasakan larangan imigresen ke atas rakyat dari tujuh negara majoriti Islam.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengeluarkan arahan penangguhan sementara larangan arahan eksekutif yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Ia berikutan bantahan besar-besaran oleh penunjuk perasaan khususnya di lapangan terbang selepas ramai pelarian dan pelancong dari negara berkenaan dilarang masuk ke AS.

Presiden Donald Trump, berkata visa hanya akan dikeluarkan selepas ‘dasar paling selamat’ diwujudkan dan menafikan ia menyasarkan orang Islam.

Langkah itu dibantah pelbagai pihak. Malah, peguam negara dari 16 negeri menyatakan arahan itu tidak mematuhi Perlembagaan.

Sementara itu, ramai individu ditahan ketika tiba di lapangan terbang di AS, termasuk yang memiliki visa sah atau lain-lain permit imigresen. – WD MY