KABUL, 28 Ogos – CEDERA….. Lebih 13 orang termasuk tentera Afghanistan dan orang awam maut manakala 18 cedera selepas sebuah bom kereta meletup di selatan wilayah Helmand, semalam.

Jurucakap gabenor Helmand, Omar Zwak ketika mengumumkan jumlah mangsa berkata, serangan berlaku di sebuah pasar di Nawa, sebuah daerah di bahagian tengah wilayah yang terbabit dalam pertempuran sengit beberapa minggu kebelakangan ini membabitkan pasukan kerajaan dan pemberontak Taliban.

Tentera Afghanistan berkata, mereka berjaya merampas semula daerah Nawa pada Julai lalu namun pertempuran masih meletus di kawasan berkenaan.

Setakat ini, tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab dan tiada sebarang maklum balas dari Taliban yang sering melancarkan serangan berani mati di Helmand. – WD MY