Yaman Salah Sebuah Negara Yang Perlu Tumpuan Kata Ahmad Zahid

0
68

KUALA LUMPUR, 30 April – Tumpuan…… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata masyarakat dunia hampir terlupa kesukaran dan krisis yang berlarutan di Yaman, ketika rakyat negara itu memerlukan perhatian dunia.

Ahmad Zahid berkata, ini kerana tumpuan lebih kepada krisis kemanusiaan dan konflik di Syria, Palestin dan Myanmar.

Sehubungan itu katanya, organisasi bantuan kemanusiaan boleh memainkan peranan dalam membantu rakyat negara itu seperti dilakukan Malaysia Relief Agency (MRA).

“Kita terlupa mengenai sebuah lagi negara yang berada dalam kesukaran dan krisis yang berlarutan iaitu Yaman, ketika dunia memberi tumpuan mengenai krisis dan konflik di Syria, Palestin dan Myanmar,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada teks yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng KuanĀ  di majlis Malam Amal Yaman 2017 anjuran MRA di Cheras, di sini, malam ini.

Hadirt sama Duta Besar Yaman ke Malaysia, Dr Adel Bhamid dan Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman.

Ahmad Zahid berkata, hubungan, Malaysia dan Yaman terjalin lama dan sehingga kini, seramai 5,800 pelajar Yaman melanjutkan pengajian di negara ini.

“Pada masa sama, hampir 300 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian di Yaman,” katanya. – WD MY