Yayasan Tabung Haji Dan UMNO Terus Salur Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan

0
42

SEREMBAN, 17 Jun – Salur…… Seramai 1,000 golongan asnaf, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya dari kawasan Parlimen Rembau menerima sumbangan hari raya daripada Yayasan Tabung Haji dan parti UMNO.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata program ini bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri yang akan datang.

“Seramai 500 orang akan menerima sumbangan daripada Yayasan Tabung Haji dan 500 lagi terima sumbangan daripada UMNO.

“Tahun ini kali pertama kita diberi amanat dan mandat oleh parti keramat UMNO untuk jelajah 67 kawasan Parlimen, dan Parlimen Rembau adalah Parlimen ke-44,” katanya semasa berucap pada Program Ziarah Kasih Ramadan Yayasan Tabung Haji dan UMNO di sini hari ini.

 

Abdul Azeez berkata setiap penerima akan mendapat bantuan wang tunai RM300.

Sementara itu, dalam majlis tersebut Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) turut menyampaikan sumbangan RM300 seorang kepada 215 penerima baitulmal.

Beliau turut menyampaikan Bantuan Ramadan daripada MAINS berjumlah RM500 kepada 21 surau di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Rantau. – WD MY