KELANA JAYA, 26 Julai – Lancar Yayasan TH……Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melancarkan penubuhan Yayasan Tabung Haji (TH) di Kompleks Tabung Haji, di sini.

Penubuhan yayasan itu bertujuan meningkatkan pembangunan modal insan serta menggalakkan kajian dalam bidang Pendidikan Islam, Perbankan Islam dan Perundangan Syariah selain mentadbir dana yang diperuntukkan secara lebih sistematik.

Turut hadir pada majlis itu, Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. – WD MY

LEAVE A REPLY