SAN FRANCISCO, 17 Jan – KETATKAN…. Laman perkongsian YouTube, semalam, mengumumkan pertambahan peraturan berkaitan bila tayangan video iklan boleh ditayangkan.

Tindakan dibuat ketika laman itu berusaha mengurangkan kebimbangan iklan disiarkan bersama-sama dengan kandungan yang mengganggu.

“Tidak dinafikan lagi 2017 adalah tahun sukar, dengan beberapa isu menjejaskan komuniti kami dan rakan pengiklan.

“Cabaran yang kami hadapi pada 2017 membantu kami membuat perubahan tegas tetapi perlu pada 2018,” kata timbalan presiden paparan, video YouTube dan penganalisis, Paul Muret.

Saluran di YouTube perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pelanggan dan 4,000 jam tontonan dalam masa setahun untuk layak disiarkan iklan, menurut Muret.

Sebelum ini, saluran layak disiarkan iklan sebagai sebahagian Program Rakan YouTube dengan mengumpul 10,000 tontonan atau lebih.

“Kami mahu mengambil kira saiz saluran, pembabitan penonton dan tindak tanduk pencipta untuk menentukan kelayakan iklan,” katanya.

YouTube juga akan memantau rapi spam, salah guna bendera dan petunjuk lain bagi memastikan saluran kekal dengan dasar perkongsian video berkenaan kandungan. – WD MY