Yusof Leonne Nama Anak Kedua Yusry Dan Lisa

0
146

 

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Nama….. Pasangan selebriti, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim, sepakat menamakan cinta hati kedua mereka sebagai Yusof Leonne sempena majlis tahnik bayi lelaki itu, semalam.

Majlis berlangsung di kediaman mereka berdekatan Kajang.

Yusof dilahirkan pada 23 April lalu di Pusat Perubatan Pantai di sini, kira kira jam 7.10 pagi.

“Alhamdulillah, majlis berlangsung lancar. Terima kasih kepada pereka fesyen, Jovian Mandagie dan isteri, Nina Ismail Sabri, yang membuatkan majlis ini bertambah istimewa,” tulis Lisa di laman Instagramnya.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Mereka mendapat cahaya mata pertama pada Oktober 2015.

Terdahulu, suami Lisa yang juga pengarah terkenal, bersyukur isteri dan bayi lelaki mereka sihat.

Yusry bagaikan tidak percaya sudah mempunyai sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.

“Susah nak percaya. Tetapi saya amat bersyukur dengan kurniaan indah ini. Saya dan Lisa dapat anak kedua dalam tempoh yang singkat. Sebelum ini, kami menunggu lama untuk mendapat anak pertama.

“Lisa juga tidak berdepan masalah ketika melahirkan anak kedua. Semuanya dipermudahkan,” kata Yusry. – WD MY