KUALA LUMPUR, MEI 17: PEMANGKU…Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telh menafikan bahawa rakaman audio yang tular di media sosial merupakan suara beliau.

Rakaman suara tersebut yang didakwa memarahi Pemuda UMNO yang disebarkan melalui klip audio sepanjang 12 saat, memaparkan kata-kata sekat.

Antara kandungannya ialah memarahi Pemuda UMNO kerana gagal membela bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diserang, tetapi kini tampil mendesak pemimpin itu meletakkan jawatan.

“Itu bukan saya.

“Kepada ahli-ahli UMNO terus rapatkan saf walaupun kita diuji dari pelbagai sudut.

“Insya-Allah ujian ini mahu memperlihatkan daya tahan dan kekuatan perjuangan kita.”