PUTRAJAYA, 13 Mac –  #mediacouncil…. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi lancar hastag #mediacouncil hari ini bagi kumpul cadangan daripada pengamal media untuk perkukuh dan semak balik Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya sesuai dan relevan dengan situasi semasa.

Katanya, biarpun akta berkenaan sudah dipinda sebelum ini namun, situasi semasa mengkehendaki ia disemak semula supaya lebih terbuka dan relevan.

“Saya buka kepada semua pengamal media dan industri percetakan serta penerbitan untuk melontarkan idea dan pandangan masing-masing.

“Selepas pilihan raya ini, kita akan duduk bersama untuk melihat kebaikan dan keburukan akta berkenaan,” katanya ketika berucap pada sesi soal jawab ‘Luncheon Talk’ bersama ketua-ketua pengarang dan pemegang permit penerbitan di sini, hari ini. – MY WD