KUALA LUMPUR, 30 Julai – Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami serangan jantung seperti yang
digembar-gemburkan media sosial.

“Beliau sihat dan baik-baik sahaja di pejabatnya,” jelas Jabatan Perhubungan
Korporat BNM yang dihubungi hari ini.

Tambahnya lagi, Zeti bekerja seperti biasa dan tidak dimasukkan ke wad
seperti didakwa.

Berdasarkan kalender acara BNM di laman sesawangnya, BNM bakal mengumumkan
prestasi keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua pada 13 Ogos ini.

Taklimat prestasi KDNK biasanya dipengerusikan oleh gabenor BNM.

Sementara itu menurut laporan sebuah portal berita , Zeti tiada di pejabat pada
pagi Isnin, tetapi datang bekerja pada sebelah petang.

Jabatan Perhubungan korporat BNM juga memberitahu bahawa Zeti sehari dua
ini juga menghadiri pelbagai mesyuarat dalaman BNM, sekali gus menafikan
khabar angin bahawa beliau tidak sihat. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY