KUALA LUMPUR, 28 Dis – Dilantik….. Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) bagi menggantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Bagaimanapun, Kementerian Luar dalam kenyataan medianya tidak menyatakan bilakah Zulhasnan akan mula bertugas dan menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju di antara tahun 1999 hingga 2004 dan Ahli Parlimen Setiawangsa mulai 2004 hingga 2013 itu akan mula bertugas secara rasmi pada Januari ini.

Beliau mengisi kekosongan ditinggalkan Awang Adek sejak 7 April lalu, yang memilih untuk tidak menyambung kontraknya sebagai Duta Besar.

Sejak tahun 2014, Zulhasnan yang juga bekas juruterbang tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilantik sebagai Canselor bagi Geomatika University College Malaysia. – WD MY