5,000 SYARIKAT LAGI BELUM DAFTAR SST

5,000 SYARIKAT LAGI BELUM DAFTAR SST

1206
0

KUALA LUMPUR, OGOS 27: SST….Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendedahkan terdapat kira-kira 5,000 syarikat yang masih belum mendaftar untuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, pada peringkat awal, pihaknya tidak mahu mengambil sebarang pendekatan ‘keras’ sebaliknya memberi mereka peluang untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Kita hanya akan mengambil tindakan pada fasa kedua yang akan diputuskan kemudian,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Operasi Bimbing SST di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Subromaniam menambah, setakat ini sebanyak 79,618 syarikat telah berdaftar untuk SST.-MY WD